Post Top Ad

Selasa, 24 Januari 2017

PERATURAN DAN SYARAT PERTANDINGAN ANUGERAH SURAU IMARAH SEKOLAH SEKOLAH (ASISS) KPM



  1. Pertandingan ASISS KPM ini terbuka kepada semua surau* dan musalla** sekolah di bawah kelolaan Kementerian Pendidikan Malaysia.
  2. Empat kategori yang dipertandingkan iaitu:
    a. Surau Sekolah Menengah
    b. Surau Sekolah Rendah
    c. Musalla Sekolah Menengah
    d. Musalla Sekolah Rendah
  3. Setiap sekolah hanya boleh menghantar satu penyertaan sahaja.
  4. Johan di peringkat daerah atau bahagian layak ke peringkat negeri manakala johan di peringkat negeri akan mewakili negeri ke peringkat kebangsaan.
  5. Aspek utama yang dinilai :
    a. Pengurusan aktiviti
    b. Pengurusan pentadbiran
    c. Pengurusan kelengkapan/ peralatan
    d. Pengurusan fizikal.
  6. Sekiranya markah yang diperolehi adalah sama maka penilaian akan dirujuk kepada aspek berikut:
    a. Pertama : Pengurusan aktiviti
    b. Kedua : Pengurusan pentadbiran
    c. Ketiga : Pengurusan kelengkapan/peralatan
  7. Markah tertinggi akan dinobatkan sebagai Johan. Markah kedua tertinggi diisytihar sebagai Naib Johan dan markah ketiga tertinggi diumumkan sebagai Tempat Ketiga manakala markah keempat tertinggi sebagai penerima Surau Harapan.
  8. Johan, Naib Johan dan Tempat Ketiga peringkat kebangsaan tidak dibenarkan menyertai pertandingan pada tahun berikutnya selama 3 tahun manakala pemenang Surau Harapan boleh dicalonkan semula untuk menyertai pada tahun berikutnya.
  9. Jawatankuasa penilai di peringkat kebangsaan adalah dilantik oleh Bahagian Pendidikan Islam, Kementerian Pendidikan Malaysia.
  10. Keputusan panel penilai adalah MUKTAMAD.
Nota:
*   Surau ialah binaan/bangunan khas yang didirikan atas nama surau di dalam kawasan sekolah.
** Musalla ialah surau yang menumpang di mana-mana bahagian bangunan di dalam kawasan sekolah.

Selasa, Januari 24, 2017 / oleh / 0 Komen

Post Top Ad