Post Top Ad

Rabu, 18 Januari 2017

Aktiviti Dan Fungsi Surau Sekolah Dalam Pengajaran Dan Pembelajaran Pendidikan Islam Di Sekolah-Sekolah Menengah

Gambar Hiasan: Bukan surau sekolah tetapi surau di RnR Lebuhraya PLUS.
oleh 
Ab. Halim Tamuri, Shahrin Awaluddin & Tajul Ariffin Nordin 
Universiti Kebangsaan Malaysia 

ABSTRAK 
Tujuan utama kertas kerja ini adalah membentangkan satu penyelidikan yang berkaitan dengan kefungsian surau sekolah dalam pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Islam dan juga dalam aspek pembangunan insan. Kajian ini adalah berbentuk “exploratory research” bertujuan untuk mencari maklumat tentang penggunaan surau-surau sekolah berdasarkan maklum balas dari pelajar-pelajar. Secara lebih terperinci, kajian adalah untuk meninjau tahap penggunaan surau-surau sekolah berdasarkan kepada persepsi pelajar-pelajar; mengkaji tahap keperluan fizikal dan kemudahan prasarana surau-surau di sekolah; mengenal pasti aktiviti-aktiviti yang dilaksanakan di surau-surau sekolah, dan mengkaji penglibatan warga sekolah di dalam aktiviti surau sekolah. Dua jenis instrument digunakan dalam kajian ini iaitu borang soal selidik pelajar dan senarai semak surau. Kajian ini telah melibatkan 523 pelajar-pelajar tingkatan empat dari 17 buah sekolah-sekolah di negeri Selangor. Sebanyak 19 buah surau sekolah juga dikaji oleh penyelidik. 


Baca Kertas Kerja sepenuhnya di pautan ini:
http://www.ipbl.edu.my/portal/penyelidikan/seminarpapers/2003/abhalimUKMkk.pdf

Rabu, Januari 18, 2017 / oleh / 0 Komen

Post Top Ad