- Pertandingan ASISS KPM ini terbuka kepada semua surau* dan musalla** sekolah di bawah kelolaan Kementerian Pendidikan Malaysia.
- Empat kategori yang dipertandingkan iaitu:
a. Surau Sekolah Menengah
b. Surau Sekolah Rendah
c. Musalla Sekolah Menengah
d. Musalla Sekolah Rendah - Setiap sekolah hanya boleh menghantar satu penyertaan sahaja.
- Johan di peringkat daerah atau bahagian layak ke peringkat negeri manakala johan di peringkat negeri akan mewakili negeri ke peringkat kebangsaan.
- Aspek utama yang dinilai :
a. Pengurusan aktiviti
b. Pengurusan pentadbiran
c. Pengurusan kelengkapan/ peralatan
d. Pengurusan fizikal. - Sekiranya markah yang diperolehi adalah sama maka penilaian akan dirujuk kepada aspek berikut:
a. Pertama : Pengurusan aktiviti
b. Kedua : Pengurusan pentadbiran
c. Ketiga : Pengurusan kelengkapan/peralatan - Markah tertinggi akan dinobatkan sebagai Johan. Markah kedua tertinggi diisytihar sebagai Naib Johan dan markah ketiga tertinggi diumumkan sebagai Tempat Ketiga manakala markah keempat tertinggi sebagai penerima Surau Harapan.
- Johan, Naib Johan dan Tempat Ketiga peringkat kebangsaan tidak dibenarkan menyertai pertandingan pada tahun berikutnya selama 3 tahun manakala pemenang Surau Harapan boleh dicalonkan semula untuk menyertai pada tahun berikutnya.
- Jawatankuasa penilai di peringkat kebangsaan adalah dilantik oleh Bahagian Pendidikan Islam, Kementerian Pendidikan Malaysia.
- Keputusan panel penilai adalah MUKTAMAD.
* Surau ialah binaan/bangunan khas yang didirikan atas nama surau di dalam kawasan sekolah.
** Musalla ialah surau yang menumpang di mana-mana bahagian bangunan di dalam kawasan sekolah.
